VISI SEKOLAH
Menjadikan sekolah sebagai wadah untuk membina modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara dengan berpaksikan Rukun Negara yang lima.
MISI SEKOLAH
Untuk merealisasikan visi ini, kami akan berusaha:
- Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang berkualiti berasaskan teknologi terkini.
- Menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif semua aktiviti sekolah.
- Membimbing pelajar dalam pembentukan sahsiah diri dan budi pekerti yang luhur.
Sejarah Sekolah
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Pantai Manis,Papar didirikan di atas kawasan seluas kira-kira 3 ekar yang terletak di Pantai Manis. Tanah ini telah dibeli oleh kerajaan dengan harga RM180,000.00 Daripada tuan punya tanah Allahyarham Tuan Hj Johor bin Osman.
Tapak ini diluluskan oleh kerajaan Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke 6. Ini adalah atas usaha JKKK Kampung Bambangan,memohon kepada wakil rakyat N.33 Buang Sayang semasa pemerintahan Parti Berjaya agar kampung Bambangan diberikan sebuah sekolah rendah untuk anak-anak kampung yang berdekatan. Pada masa itu Pengerusi JKKK Kampung Bambangan ialah Tuan Haji Matlan bin Ajim juga selaku ketua kampung telah membawa usul ini untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan pada waktu itu.
CARTA ORGANISASI
CARTA ORGANISASI SK PANTAI MANIS 2010
GURU BESAR
PN NURSIAH BT SAMAN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (PK 1)
(PN RAINEH USSIN)
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
(PN ABIBAH HJ UJANG)
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM)
(PN ASIDAH TATIN)
SETIAUSAHA
(PN SAMSIAH BT SUHAILI)


